Thursday, September 24, 2009

Ucapan untuk majlis perpisahan tahun 6 2009

" Tanpa kita sedari , kita sudah berada di penghujung tahun . Belajar di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya yang hebat ini dari darjah 1 hingga darjah 6 umpama beberapa hari sahaja . Begitu beratnya bagi kami , murid tahun 6 untuk meninggalkan sekolah ini . Namun , apakah daya kami untuk menghalang masa untuk berlalu . Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan . Guru-guru , saya , Fitrie Annastasia binti Zainol dari kelas 6 Kenanga mewakili murid-murid tahun enam menyusun sepuluh jari memohon ampun . Selagi jantung masih berdegup , nadi masih berdenyut , selagi itulah kami akan mengenang jasa dan bakti guru-guru . Sesungguhnya , kami tidak dapat membalas jasa-jasa guru dengan wang atau harta kerana ilmu yang guru taburkan tidak ternilai . Bagi rakan seperjuangan saya , saya mengucapkan selamat menempuh alam sekolah menengah . Sekian , terima kasih . "

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home